08 February 2016

My Baby Was Born ❣

20th October 2015

Dah banyak kali dah sebenarnya doktor suruh pergi hospital, masuk darah sebab hb (hemoglobin) dalam darah low. Normal for perempuan mengandung is 11 g/dl (gram per deciliter). Tu paling low yang normal lah but mine was 6.7 g/dl je. tapi asal pergi hospital je mesti kata takpayah masuk darah. Bengang je -.- Masuk kali ketiga pergi hospital (lepas doktor kat klinik suruh juga pergi hospital siap tolong callkan ambulance sekali), doktor kata stay sehari kat Ruang Menunggu HSB (Hospital SG Buloh) nak tengok esok macam mana.

21th October 2015

Esoknya doktor lain pula yang check, dia kata masuk je la darah. Memang kiranya masa tu ada anemia la. K kebetulan, dapat pula wad. Masuk 1 pain darah (1 beg) A+. Dia suruh stay lagi sehari sebab nak tengok result dia macam mana.

22th October 2015

Bangun pagi sebab nak ke tandas. Lupa pula nak kata. Masa Trimester 1 dengan 3, memang asyik nak ke tandas. Sometimes rasa bapak malas tapi paksa juga diri tu pergi. Ha dalam pukul 7 am macam tu, pergi tandas then duduk balik kat katil, tetiba rasa sakit. Macam sengugut la. Dandan pula time tu nurse baru je pasang alat untuk CTG. Ala kat perut tu. Then dah 30 minit doktor datang, Dia pun tanya...

 Dr:  "Awak kenapa? sakit perut? Contraction ke?
 Aku: "Ha'a. Entah la. Tak tau*While kerut dahi sikit*.

Dia pun tengok la graf CTG tu. Then...

 Dr:  "Ha' a la contraction. HAAA AWAK DAH NAK BERANAK!

Dia cakap centu while senyum. Aku pun haaaa.....

Dalam otak aku, aku fikir "ala maybe esok kot. Selalunya orang nak beranak ni kan tunggu 2-3 hari". Aku tak tauuuuu apa-2 xD Tiba-2 datang pula dua orang kakak student MSU tak silap, nak interview pasal orang pregnant-2 ni kan. Dipendekkan cerita, aku pinjam phone salah sorang kakak tu nak call incik hasbeng. Nak bagitau pasal nak beranak ni la kan. Aku ingat lagi kakak-2 tu. tapi slek nombor tak save. Kalau tak, aku call ajak jumpa.Terima kasih sangat-2 kat kakak-2 tu. Dah la baik, cantik, peramah pula tu xD

Anyway, petang tu mula sakit ya amat sebab contraction makin kuat. Memang nampak la perut menegang bagai. *mak aihh panjangnya cerita* Teringat pula masa still kat ruang menunggu sementara tunggu wad available for me, ada sorang makcik tu kata:

 Makcik 1: "Macam mana rasa contraction ni? Tak faham. Tak pernah rasa pun" 
 Makcik 2: "Rasa contraction ni macam perut tu kejap-2 mengeras tau. Dia ada masa dia. Makin lama makin kerap" 

Aku pasang telinga je xD Masa tu patients-2 semua tengah breakfast. aku pun macam "ohhh....." juga la masa tu. Tapi still fikir, keras cemana en? HAHAHAHA bongok toii. KK sambung cerita. Doktor check bukaan baru 4 cm dia kata. Dari pagi aku tunggu, baru 4 cm? Dua doktor pula tu check. Mula-2 kata 7cm. Doktor kedua bantai check lagi sekali dia kata baru 4cm. 8cm baru tolak masuk labour room tapi masalahnya memang dah bapak sakit. Time tu perut mengeras selama 30seconds macam tu la. Kerap. Then doktor tu kata, nanti kalau still tak tahan juga, dia bagi ubat tahan sakit. Aku nak or tak. Aku macam, okay la anything aku panggil.

Sampai satu tahap tu memang sakit amat. Aku nangis je. Aku call nurse. Ada la button dia nak tekan kan. Nurse datang then tanya sakit ke apa bla3 aku cakap la tak tahan sakit. Dia pun bagi la ubat tahan sakit tu. Dia suntik. Kat punggung. 2 suntikan la pula.... Dah la tak tidur langsung sebab tahan sakit. Disebabkan dapatnya ubat tu, sedar2 dah terlelap...

Entah pukul berapa, aku terbangun nak ke tandas. Macam biasa la kan. Baring balik kat katil tetiba sakit gila memang lagi bapak sakit dari biasa. time tu tetiba rasa nak teran tau tak, aku taknak teran tapi memang, tetiba rasa nak teran tu datang. Doktor mula datang last-2 tolak gak masuk labour room. Aku tak sedar apa-2 pun. Aku nangis je. Sakit la katakan. Tak pandang orang pun. Lantak la orang nak kata apa. Sedar-2 doktor kata kena pindah katil naik katil labour room tu la. Larat tak larat paksa juga diri transfer katil. Haa... Time tu suspen takpayah nak kata la..... Terfikir-2 kat otak "dapat ke tak salin normal ni...."

Doktor suruh sedut gas apa tah melalui satu benda alaaa yang bagi oxygen tu. Aku ada gak bergelut sikit dengan doktor malas dah nak taip panjang beno cerghitenya. So dipendekkan cerita.... Nak tau ke cane aku beranak? -.-

Hm k aku cerita sikit. Aku nampak kat pintu labour room laki aku masuk. Time tu aku nangis-2 pandang dia, dia pegang tangan aku while usap pale aku. Aku mintak maaf kat dia apa semua sebab aku takut ada buat salah yang dia tak redha ke apa ke en, susah aku nak beranak. Ha dia pun angguk la apa la. On that day, perempuan nak beranak memang bapak ramai sampaikan tak cukup doktor. Doktor pun terkejar-2. Selamat aku dapat labour room sebab doktor awal-2 tadi yang acah-2 aku pasal nak beranak tu, ha dia yang tolong booked labour room untuk aku. So dalam bilik tu just ada aku, laki aku dengan doktor perempuan sorang. *Alhamdulillah perempuan*

Doktor tu dah buat macam-2 termasuklah tengah readykan barang-2 semua. Time tu Mirul (laki aku ler) tengok aku teran. Doktor tu tak bagi teran sebab belum 10 cm bagai tapi aku sendiri terteran. Tu je buat aku rasa hilang sakit. Haaa last-2 Mirul panggil juga doktor tu then doktor tu kata "Haaa kk suruh bini awak try teran. Teran dik". Aku pun try la teran....

Aku pegang tangan Mirul. Doktor tu suruh pegang buku lali kaki sebab dengan cara tu lagi senang nak beranak. Aku pegang buku lali, try teran, automatik badan kedepan sikit. Aku rasa macam nak buang air besar pun ada. Betul la aku baca review-2 orang lain. -.-  Doktor tu suruh teran lama-2, curi nafas, jangan lambat teran sian baby lemas apa semua. Time tu aku macam dah tak larat juga. Bantai doktor tu kata "Ni nak kena gunting ni". Aku macam, "ah sudah. TAKNAK" . Aku teran gak. Sampai la satu tahap tu doktor kata "Haaa betul tu. Teran lagi! Ni dah keluar kepala dia sikit dah. Rasa ni!" Dia ambik tangan aku, dia sentuhkan tangan aku kat kepala anak aku. Aku macam, aku tengah sakit en. Aku kisah apa. Aku tau nak cepat keluar. Tu je. Yang sakitnya perut la. Contraction tu tak tau la nak kata macam mana. Macam nak tercabut nyawa pun ada. Tapi bila time teran tu memang tak rasa sakit. Entah tak tau ler aku nak explain.

Bila dah keluar kepala, aku terus rasa macam lega. Terus tak sakit dah. Doktor kata teran lagi sikit je. Aku pun teran sikit, keluar la dia dari rahim aku. Time tu actually, dia dah poo poof (buang air besar) kat dalam.... -.- Doktor tu pula dah sambut baby terus baby buang air, terkena doktor xD Aku tak dapat buat proses badan ke badan tu. Baby terus doktor bawak gi basuh sebab dia dah poo poof. Aku rasa macam, lega gila, Mirul pun senyum pandang aku, usap pale aku balik. Bukan nak kata sweet la kan.... Sakai :p

Dah habis tu semua, aku cakap kat Mirul aku haus. Mirul keluar tolong belikan air sebab tetiba aku rasa nak air epal. Lepas tu Mirul tak masuk-2 dah. Air tu, guard yang tolong hantarkan. Cinabeng. Boleh masuk sekali je wad -.- kalau keluar, takleh masuk balik. Pehh. Tak lama lepas tu, nurse tanya nama aku apa, aku pun bagitau the dia tolak satu troli baby masuk then tolak sampai sebelah aku. Aku pun tengok la baby aku. Aku macam "aaaaa....". Try dukung , ala longlainya awak xD Excited HAHAHAHAHA sakai k malas cerita panjang-2 lagi.

So... My Baby Was Born ❣

Mohamad Mikael Aarieq
3.19 kg
12:43 a.m
23th October 2015


Kebetulan, birthday dia tarikh 23 haribulan sama dengan Mirul. Mirul dah jadi bapak, aku dah jadi mak. Sekarang, masuk 23 haribulan 2 (23-2-2016) ni genap la baby umur 4 bulan berat dekat 7kg. Doakan la kebahagian and kesihatan yang baik buat aku sekeluarga la eh. Mekaseh :p Nanti kome yang perempuan-2 tu merasa pula beranak.... Ha ambik kau. Jadi, hargailah mak-2 anda. Aku pun lepas beranak, makin membuak-2 pula sayang kat mak aku. Rasa macam, "Ceni la mak aku sakit dulu". Uuuuuu takyah nak nangis sangat. K Mekaseh lagi sekali sebab sanggup baca panjang-2 okay bye!

Dear Followers...

4